Posts

Showing posts from April, 2021

BUKU

 Assalamualaikum, Di sini saya akan berkongsi mengenai buku-buku yang saya baca dari masa ke semasa. Semoga manfaat yang saya peroleh dari pembacaan saya turut juga dapat dirasai oleh kalian yang membaca perkongsian saya. Doakan saya istiqamah dalam perjuangan menuntut ilmu serta mengamalkannya. Hanya satu sahaja harapan saya iaitu menjadi seorang manusia yang bermanfaat buat setiap makhluk di sekeliling saya. Insya Allah. Saya merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Saya membesar dalam sebuah keluarga yang sederhana. Ayah saya yang telah meninggal dunia 10 tahun yang lalu merupakan peniaga kecil di pasar berdekatan rumah; menjual air tebu. Ibu pula pengasuh bayi sejak saya berumur 1 tahun lagi, dan masih mengasuh kanak-kanak sehingga kini. Semasa saya membesar, kakak saya yang sulung selalu menghadiahkan saya buku. Buku-buku cerita dongeng dan kisah-kisah Nabi adalah antara buku-buku cerita yang selalu menjadi bahan bacaan saya.  Ketika di sekolah rendah, saya pe...