MAWADDAH ILMI INGIN PULANG
Mawaddah Ilmi Ingin Pulang by Auni Zainal Selalu menangis bila tengok cerita Korea ja tapi kali ni menangis sebab baca novel. Haha. Kisah ni tentang Mawaddah yang membesar dengan situasi yang tragis berlaku dalam hidup dia masa dia masih budak. Tak cukup dengan tu, adik dia pula kena benda yang lebih teruk dan mati. Tambah pula dengan dia nampak mak dia pun terlibat. Masya Allah… Mawaddah membesar dengan tekanan perasaan yang sangat kuat sampai dia disahkan pesakit mental. Mawaddah mangsa pedofilia. Begitu juga adiknya. Disebabkan tu setiap benda yang terjadi, dia salahkan diri sendiri, dan bila dia dah penat salahkan diri sendiri, dia salahkan mak dia. Dia jadi susah nak percayakan manusia. Sesiapa sahaja yang datang memberi perhatian, dia bina benteng. Sehinggakan perkahwinan yang bahagia, yang dibina 9 tahun pun sengaja dia musnahkan sebab dia rasa lelaki yang bernama suami itu tidak layak mendapat isteri tidak sempurna macam dia. Mawaddah tak ada tempat bergantung atau t...