MAWADDAH ILMI INGIN PULANG
Mawaddah Ilmi Ingin Pulang by Auni Zainal
Selalu menangis bila tengok cerita Korea ja tapi kali ni menangis sebab baca novel. Haha.
Kisah ni tentang Mawaddah yang membesar dengan situasi yang tragis berlaku dalam hidup dia masa dia masih budak. Tak cukup dengan tu, adik dia pula kena benda yang lebih teruk dan mati. Tambah pula dengan dia nampak mak dia pun terlibat. Masya Allah… Mawaddah membesar dengan tekanan perasaan yang sangat kuat sampai dia disahkan pesakit mental.
Mawaddah mangsa pedofilia. Begitu juga adiknya. Disebabkan tu setiap benda yang terjadi, dia salahkan diri sendiri, dan bila dia dah penat salahkan diri sendiri, dia salahkan mak dia. Dia jadi susah nak percayakan manusia. Sesiapa sahaja yang datang memberi perhatian, dia bina benteng. Sehinggakan perkahwinan yang bahagia, yang dibina 9 tahun pun sengaja dia musnahkan sebab dia rasa lelaki yang bernama suami itu tidak layak mendapat isteri tidak sempurna macam dia.
Mawaddah tak ada tempat bergantung atau tempat dia meluahkan semua rasa yang dia simpan selama bertahun-tahun. Perjumpaan-perjumpaan dengan Dr. Afnani pun berlangsung dengan sangat lama sebelum Mawaddah betul-betul bersedia melepaskan semua perasaan yang dia tanggung.
Plot twist cerita ni simple, tapi rasa seperti ditikam. Sudah cukup sakit dirasa, rupanya sakit tu lebih daripada tu. Emosi sepanjang membaca tak begitu banyak naik dan turun. Suasana sendu ja sepanjang membaca. Ditambah pula baca time hujan, memang rasa sayu. Tapi, setiap hidup manusia yang Allah ciptakan di atas muka bumi ni pasti akan ada kesudahan yang baik. Sesukar Mawaddah meneruskan hidup dengan jiwa yang tidak tenteram dan ilusi-ilusi yang dia cipta, akhirnya dia menemui keceriaan yang selama ni dia tidak sedar dia perlukan. Iffat hadir menyedarkan bahawa Mawaddah boleh membina hidup baru dengan cara yang dia pilih.
Ada beberapa mesej yang best.
1. Gangguan seksual dalam apa-apa bentuk sekali pun adalah tidak boleh dimaafkan. Tak kisah berlaku kepada lelaki atau perempuan, di usia berapa sekali pun, ia bukan sesuatu yang boleh dilupakan begitu sahaja.
Sakit yang ditanggung mangsa hanya dia saja yang tahu. Apatah lagi bila seawal usia 9 tahun sudah dicabul kehormatannya. Ya Allah… sengsara yang ditanggung sampai ke dewasa. Ditambah pula dengan pandangan masyarakat yang menyalahkan mangsa, menuduh mangsa yang memberi peluang, memang langsung tidak membantu.
2. Acknowledge your feeling. Salah satu cara kita yang kita boleh ambil untuk lepaskan diri daripada tekanan adalah dengan memahami perasaan kita sendiri. Kalau kita marah, kenalpasti apa yang buat kita marah. Kalau kita sedih, kenalpasti apa yang buat kita sedih. Jangan terlalu menyalahkan diri dalam apa-apa sahaja perkara yang kita gagal laksanakan. Kita kena sedar bahawa ada perkara dalam dunia ni yang kita tak ditakdirkan untuk mampu lakukan. Maka, bertenanglah. Berdamailah dengan takdir.
Kalau perasaan yang kita alami tu sudah diluar kawalan dan kita tahu kita perlukan bantuan, acknowledge that too and go seek help. It is hard, but it will be worth it in the end. Syaratnya, kita yang kena ada kemahuan untuk mula dan habiskan.
Take care of yourself, physically and mentally, yeoromun.
8.7/10


Comments
Post a Comment