KAPAL TERAKHIR DI DUNIA: EPISOD I & EPISOD II
[SPOILER ALERT]
Kapal Terakhir di Dunia: Episod
I dan Episod II
Satu lagi fiksyen by Teme
Abdullah. I might be bias sebab Teme is my favourite author so far tapi semua
buku-buku dia memang the best. Undeniably powerful. Ada review yang aku baca
dia kata, Teme step up his game on this one and I could not agree more. Yes,
buku kali ni memang padu beb.
Aku ni sejenis overthinking
so aku punya review on this one boleh jadi sebab aku overthinking. Hahaha. Aku
tak tau apa mesej sebenar Teme bawa dalam cerita kali ni tapi ni apa yang aku
nampak. Sebelum tu, spoiler alert!
Buku ni pasal satu kumpulan
manusia-manusia terakhir yang tinggal kat bumi. Bumi, 571 tahun yang lalu kena
hentam dengan tahi bintang. Kalau sesapa baca Selamat Tinggal Purnama, ni
kiranya 571 selepas STP. Jadi, keadaan bumi masa tu dah tak selamat untuk
manusia hidup. Maka, terbinalah Bokor, sebuah kapal berbentuk mangkuk yang jadi
tempat pelindung sisa-sisa manusia yang tinggal masa tu.
Dalam Bokor ni ada 3 sektor.
Manusia-manusia kat setiap sektor ni ada penyakit berjangkit. Jadi, depa
dibahagikan mengikut jenis penyakit yang depa hidap.
Sektor Biru – manusia-manusia
kat sini kerja laut. Tangkap ikan laa basically, siap tangkap paus la buat
lauk.
Sektor Kuning –
manusia-manusia kat sini pulak macam technician, engineers for Bokor sebab depa
ni yang handle segala sistem teknikal yang ada kat Bokor, macam sistem
pengudaraan, penapis air, supply oksigen etc.
Sektor Hijau –
manusia-manusia kat sini pulak bercucuk tanam dan mengembala lembu dan kambing,
sebagai sumber makanan untuk manusia dalam Bokor.
Tiga sektor ni digelar Aras
Lantai. Then, ada Aras Tengah yang jadi bahagian penyelidikan untuk sembuhkan
penyakit dan juga Aras Atas yang manusia-manusia kat sini digelar manusia suci
sebab depa bersih daripada segala penyakit.
Watak utama dia Aria budak
lelaki umur 16 tahun ada adik nama Ana, baru 5 tahun. Depa ni manusia di Sektor
Biru.
Apa yang aku nampak daripada
cerita ni adalah gambaran keadaan kita sekarang, rakyat Malaysia.
Tak boleh keluar rumah sebab
kat luar ada virus. Sama macam manusia-manusia dalam Bokor, tak boleh keluar
daripada Bokor lama-lama sebab takut kena virus tahi bintang. Takut bertukar
jadi mugor.
Kita taat kepada perintah
dan takut penalti. Macam manusia dalam Bokor yang taat kepada roh Bokor dan
takut kena penalti berat kalau kita langgar peraturan. Sama macam kita, takut kena
saman beribu-riban walaupun kesalahan tu sangat ringan dan kadang-kadang nampak
tak masuk akal kalau kena saman. Sama macam manusia kat dalam Bokor.
Kita ada B40. Segala sumber
hidup limited. Tak cukup duit, elektrik tak ada. Makanan terpaksa catu sebab
tak cukup, peluang pendidikan tak dapat capai. Air bersih pun tak ada. Yang difikirkan
adalah survival. Itu saja. Sampai satu tahap dah tak mampu lagi sampai terpaksa
ambil keputusan untuk bunuh diri. Macam apa yang kita perhatikan dua tiga hari
ni. Sedih. Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang depa lalui. Sama macam apa yang
berlaku di Aras Lantai. Ada Aria dan Ana yang bijak dan pemikir. Tapi, sebab
survival lagi penting, maka there is no access to education dekat Aras Lantai
ni. Ada Uri yang buntu dengan hidup, akhirnya bunuh diri.
Kita ada T20 dan menteri-menteri.
Privilege, hidup senang. Makan cukup, pakai cukup, access to education
available all the time. Makanan unlimited, air bersih unlimited, elektrik
unlimited. Tapi, ignorant, sombong dan yes, sok suci. Macam manusia suci di
Aras Atas.
Disanjungi sedangkan tak ada
apa-apa sumbangan kepada Bokor. Membazir sumber Bokor. Aras Lantai
bermati-matian cukupkan sumber Bokor tapi Aras Atas membazir. Manusia di sektor
biru mati dimakan jerung tapi Aras Atas bela jerung sebagai haiwan peliharaan.
Macam Vanessa. Awal nampak macam baik tapi Vanessa ni paling sesuai gambarkan
T20 yang ignorant. Nampak macam concern pasal Aras Lantai tapi sebenarnya dia
tak tahu apa-apa pun pasal hidup di Aras Lantai. Sebab tu dia boleh tunjuk
jerung peliharaan dia kepada Aria, si pemburu laut, yang dah tengok ramai
comrade dia mati sebab jerung. Ayah Aria sendiri pun hilang satu tangan dan
buta satu mata sebab jerung.
Aras Lantai makan satu kiub
makanan saja, kurus kering tinggal tulang tapi Aras Atas makan sampai gemuk dan
membazir. Sektor Hijau bela kambing katanya untuk Aras Atas guna untuk tujuan
penting, maka seluruh Aras Lantai tak dapat makan kambing sebab khas untuk Aras
Atas. Rupanya kambing tu untuk bagi makan keturunan jerung yang dah bunuh 55
orang manusia Sektor Biru yang mati masa memburu. Si Vanessa ni la yang bela.
Aras Lantai hanya mampu
fikir survival tapi Aras Atas boleh berseronok membazir sumber Bokor. Boleh
bersauna, berjemur, mandi dalam jakuzi. Betapa banyaknya pembaziran Aras Atas
buat yang sepatutnya lebihan-lebihan sumber yang depa ada boleh bagi kat
manusia-manusia di Aras Lantai. Nampak sangat selfish dan tak sedar diri.
Kalau hangpa baca hangpa
akan nampak luasnya jurang kehidupan Aras Lantai dan Aras Atas yang Teme
gambarkan, which is apa yang berlaku dalam masyarakat kita yang kita nampak di
sosial media terutama sebab yalah tak boleh keluar rumah. Aras Atas boleh
berseronok di luar Bokor sedangkan untuk Aras Lantai itu kesalahan terbesar. Jurang
kehidupan antara B40 dan T20 dan para menteri. Yang di atas hanya fikir perut
sendiri, yang di bawah mati bunuh diri.
Episod 1 dia, bila baca jiwa
aku masih tenang. Expect ja yang buku pertama bagi setiap siri by Teme rileks
sebab ia pengenalan kepada latar masa, tempat, dan watak. Tapi masuk ja Episod
2, dahi aku berkerut sampai ke sudah. Berkecamuk rasa hati bila baca Aras Atas
bahagia beyond limit sedangkan manusia masa ni sepatutnya kongsi segala sumber
yang ada waimah segelas air bersih sekali pun. Sedih, sakit hati, kecewa,
geram, rasa nak maki. Memang emosi masa tu rasa ditujah-tujah adrenalin. Memang
rasa biadap sangat Aras Atas terhadap Bokor tapi tak ada apa tindakan yang
dikenakan walhal apa yang depa buat melanggar undang-undang Bokor! Macam kita,
kalau rakyat marhaen tak pakai mask kena saman, tapi depa boleh keluar
berkumpul makan durian tanpa dikenakan apa-apa.
Sangat menggambarkan keadaan
rakyat Malaysia pada ketika ini. Hidup dengan COVID-19 dan kerajaan yang tak
prihatin.
10/10

Comments
Post a Comment