SELAMAT TINGGAL PURNAMA STRAIN PERTAMA
Selamat Tinggal Purnama Strain Pertama
307 pages
SM: RM30.00, SS: RM33.00
Iman Publication
Another series from Teme Abdullah. My all-time favourite authors and to many others as well.
Tema dia berbeza daripada previous series but still able to win your heart. Inspirasi
buku ni adalah kematian selebriti-selebriti seluruh dunia. Buku pertama ni adalah
lebih kepada perkembangan cerita Latif Purnama dan kerjaya dia sebagai seorang penyanyi
yang popular taraf-taraf artis K-Pop jugak. Plot utama dia banyak dalam Strain
Kedua, tapi dalam ni banyak mesej-mesej tersirat yang aku suka. Antaranya,
1.
Penghakiman
dunia.
Dalam buku ni, manusia-manusia yang lahir semua kena pakai kolar yang melekap
dekat leher. Kolar tu ada warna-warna yang akan menentukan status sosial dalam
masyarakat. Menariknya, kalau seseorang tu dikeji oleh ramai orang, secara maya
atau secara fizikal, kolar tu akan berubah warna menjadi hitam dan kemudian
akan meragut nyawa dia sendiri. Ertinya, dah taka da nilai lagi untuk dia
hidup. Apa yang aku faham daripada kolar ni, pertama sekali, masyarakat
sekarang memang suka menghakimi, dan penghakiman manusia ni memang akan
merosakkan mental seseorang yang dihakimi tu. Lebih mudah nak faham, dia macam budaya
“cancel”. Orang buat salah sikit, kita terus hentam dan kecam tanpa belas
kasihan. Akibatnya, orang yang di “cancel” tu terima tekanan yang kuat sampai
tak mampu hidup dah.
2.
Perjuangan
hawa nafsu.
Latar masa cerita ni adalah di masa depan. Ini apa yang aku gambarkanlah.
Teknologi zaman ni sangat hebat. Semua benda, hampir semua benda adalah di
hujung jari. Kemajuan teknologi tu juga hadir dengan kebebasan hidup yang tiada
sekatan. Lelaki dan perempuan boleh berkahwin sesame jantina, sehinggakan zaman
ini, kalau nak berkahwin dengan binatang pun dah ‘halal’. Tapi bukan ini yang penulis
maksudkan. Dia maksudkan bahawa, perjuangan hak asasi yang banyak disuarakan semua
tu banyaknya hanyalah perjuangan nafsu semata-mata.
3.
Kuasa
media
Media jika tidak dikawal apa sahaja berita pasti Berjaya disebarkan. Apa
saja fitnah dan penipuan Berjaya disumbat ke dalam minda masyarakat. Tetapi,
media, jika terlalu disekat, kepentingan awam tidak dapat ditegakkan. Macam
yang berlaku sekarang P@lestin sekali lagi di bom Zi0nis Iblisr4el, ada media yang
sedaya upaya melaporkan keadaan sebenar. Ada juga media yang cuba memutar belit.
Ada juga media yang cuba menyekat kebenaran. Itulah kuasa media. Dengan media,
manusia yang jahat boleh nampak baik, dan yang ditindas boleh dituduh
pengganas. Tekanan-tekanan daripada media juga boleh buat seorang manusia
depresi dan bunuh diri.
Walaupun secara peribadi aku lebih suka siri Empayar, tapi Selamat
Tinggal Purnama bawa tema yang lain daripada Empayar. Aku sangat rekomen hangpa
baca. Serius tak rugi. Penulisan buku ni senang nak faham dan banyak quotes
yang buat aku tersentap kejap, yang memang boleh relate dengan realiti. Gambaran
penulis tentang watak pun buat aku rasa “Ish teringin nak tengok Latif Purnama
ni dalam dunia sebenar. Penulis gambarkan lagu-lagu Latif ni, walaupun dalam Bahasa
Melayu tapi satu Asia suka, buat aku teringin nak dengar sendiri. Lepas tu
teringat lagu Korea yang kita tak faham maksud lirik dia tapi satu dunia dah
kenal musiknya. Mungkin macam tu lah kot.
Cuma, aku rasa ada watak yang aku rasa membazir. Tak tahu mungkin dalam
sambungan, watak-watak tu akan jadi penting tapi setakat ni ada beberapa watak
yang aku rasa tak perlu.
Nak tahu lebih lanjut menarik ka dak sebenarnya cerita ni. Hangpa baca
sendiri okay?
9/10.
Comments
Post a Comment