SELAMAT TINGGAL PURNAMA STRAIN KEDUA
Selamat Tinggal Purnama Strain Kedua
Heartbreaking. Itu mungkin perkataan terbaik untuk describe ending buku ni. Ramai yang baca akan rasa tak puas hati sebab ending dia beri kita peluang untuk tafsir sendiri, apa sebenarnya yang terjadi. Tapi, untuk aku, aku suka ending yang open ended macam tu.
Buku pertama bercerita
tentang perkembangan Latif sebagai penyanyi popular level2 BTS, dalam buku
kedua cerita kejatuhan Latif sebagai penyanyi. Digunakan untuk keuntungan
semata, harga diri dialatkan sampai hilang kehidupan bahagia yang dia bina
sendiri. Keadaan memaksa dia untuk menggadaikan kesihatan diri dan ketenangan
emosi. Tersekat, antara cintanya mencipta lagu dan cintanya kepada peminat.
Akhirnya, makan diri.
Pada aku, dalam buku kedua
ni, emosi yang digambarkan penulis sangat kuat. Bila baca semua sakit dan
derita yang Latif lalui, aku pun terasa pedih. Rasa macam kesiannya Latif.
Kenapa sampai macam ni sekali dia kena hadapi? Kenapa mereka tak boleh
bersyukur dan lebih hargai? Tak sangka Bahagia yang di bina hanya dapat dirasa
sekejap saja. Kesiann Latif…
Buku ni adalah inspirasi
daripada kisah-kisah selebriti terkenal yang mati bunuh diri. Mengapa mereka bunuh
diri sedangkan mereka terkenal serata dunia, kaya, dan berbakat. Penulis olah
berita ini kepada satu cerita supaya kita dapat faham, bahawa boleh jadi, apa
yang direka dalam cerita inilah yang menjadi antara faktor selebriti-selebriti tu
bunuh diri.
9/10
![]() |
| I put effort to take this pic. I find it pretty in my eyes ahahaha. |

Comments
Post a Comment