KAPAL TERAKHIR DI DUNIA EPISOD III - TEME ABDULLAH

Kapal Terakhir di Dunia Episod III

[SPOILER ALERT]

Akhirnya, soalan-soalan yang berlegar di kepala terjawab. Banyak juga andaian yang diteka mengena. Kebenaran demi kebenaran terbongkar seperti siapa sebenarnya Vuk dan kenapa dia bersikap seperti membenci Aria dan Ana, anak-anaknya sendiri dan masa lalu Niha yang tragis dan menyayat hati.

Episod III ni buat aku bertambah meluat dengan Manusia Suci. Mereka ni bukan saja ignorant tapi sebenarnya langsung tidak berhati perut. Rupanya angkara mereka ramai manusia di Bokor mati dibunuh. Manusia Suci hidup hanya mementingkan diri sendiri dan memuaskan hawa nafsu mereka tanpa mempedulikan nasib hidup Aras Lantai. Penduduk-penduduk Aras Lantai di Sektor Biru, Kuning, dan Hijau diperbodohkan, ditipu hidup-hidup dan di ‘kambing’kan oleh Manusia Suci. Masa baca Episod II rasa geram, geram, geraaam sangat! Tapi baca Episod III ni bertambah geram, geram, geraaaam lagi dengan Manusia Suci! Rasa macam kalau jumpa depan mata, nak tumbung hidung si Vanessa dengan ayah dia!

Separuh daripada Episod III ni bercerita tentang apa yang berlaku di sebalik kematian Vuk dan serangan yang telah dirancang oleh Pakatan Matahari yang diketuai Vuk. Segala fitnah yang timbul terjawab. Yang dianggap mengkhianat rupanya sehaluan. Yang dianggap setia, rupanya musuh yang terlindung. Sedih, puas hati, geram, kecewa. Mungkin tu sedikit sebanyak apa yang aku rasa. Betul sangkaan aku yang Aras Tengah tu sebenarnya tak wujud. Itu juga helah Manusia Suci memperdaya Aras Lantai. Makanan laut yang sedap-sedap diberikan kepada Manusia Suci. Yang tinggal sisa sahaja untuk Aras Lantai. Rupanya air yang dianggap suci di Sektor Biru adalah air bekas mandian Manusia Suci! Jijik! Manusia Suci buat Aras Lantai ni macam tak ada maruah!

Aria akhirnya nampak dengan jelas siapa sebenarnya Manusia Suci. Dia akhirnya tahu bahawa mereka ini syaitan bertopengkan manusia. Aku expect Aria yang akan buat kebangkitan. Mungkin dia akan merusuh dan bocorkan rahsia Manusia Suci sekurang-kurangnya pada Sektor Biru, tapi tak berlaku. Jadi aku terima ja sebab Aria pun budak lagi. Kemampuan dia untuk buat sesuatu yang besar pada usia 16 tahun agak mustahil.

Terlalu banyak perkara yang Manusia Suci lakukan yang tak diketahui Aras Lantai. Segala tipu daya yang menindas kehidupan yang sudah cukup terseksa. Mujurlah Pakatan Matahari masih terus bergerak membina kekuatan menentang walaupun tidak diketahui sejauh mana mereka melangkah.

Penghujung cerita ini penulis biarkan tergantung sepi. Sejujurnya aku menjerit juga (slow2 la nanti terkejut pulak org dalam rumah) sebab rasa kecewa sangat dengan ending dia. Tapi dah tahu style penulisan Teme Abdullah ni yang memang dia akan biar pembaca terjemah sendiri. Aku kecewa tapi dalam masa yang sama berpuas hati sebab jalan cerita siri ini dari Episod I sampai III ni bawa mesej sangat besar yang seluruh isi manusia perlu sedar dan jadikan pedoman. 

Di samping menghormati juga style penulisan Teme yang begini, aku okay ja dengan ending dia yang memperlihatkan realiti bahawa tidak ada usaha yang mudah. Proses mendapatkan sesuatu kemenangan memerlukan masa yang panjang dan kesabaran yang tinggi. Walaupun penghujung kisah ni Pakatan Matahari seperti hampir menemui sinar tapi boleh jadi mereka akan gagal lagi dan bangkit semula. Mungkin akan tiba suatu masa perancangan mereka yang mengambil bertahun-bertahun akan membuahkan hasil dan akhirnya penduduk Bokor akan hidup dengan pembelaan dan hak mereka dikembalikan.

8.3/10





Comments

  1. Thank you utk review ni walaupon tak spoil banyak boleh rasa geram tu hahaahaha. Nak sangat baca tapi semangat dah tk mcm dulu. Tapi serius jalan cerita best. Rasa nak research lg. Kalau teme baca review buku² dia, mesti dia terharu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KAPAL TERAKHIR DI DUNIA: EPISOD I & EPISOD II

Diary of A Rich Kid: Secret of the Sea

MESSY LIFE BECAUSE OF BAD DECISION.