BERBICARA TENTANG PEREMPUAN
Sebelum ni aku ada baca satu buku yang turut berbicara tentang perempuan dalam perspektif Islam dan buku tu pun menarik. Kali ni aku baca satu lagi buku yang turut berbicara tentang perempuan. I mean literally the meaning of the book is so. Hahaha.
Tulisan HAMKA ni tak perlu pengenalan, Google saja dah banyak info akan keluar. Salah satu karya beliau yang popular semestinya Tenggelamnya Kapal Van Der Wick yang telah diadaptasi menjadi filem, which I personally have watched that movie more than 3 or 4 times already. Tapi hari ni karya yang aku baca adalah Berbicara Tentang Perempuan. Bukunya tak tebal dan Alhamdulillah I’ve finished it in one sit and honestly the content is very lovely.
Dalam buku ni HAMKA menyunting ayat-ayat Al-Quran yang berbicara tentang kemuliaan seorang wanita. Allah menciptakan wanita bukanlah sebagai penghinaan tetapi sebagai keseimbangan hidup lelaki. Tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah sama-sama dipikul oleh kaum hawa juga, cuma peranan wanita ini lebih jelas apabila dia telah menjadi isteri atau ibu. Bukan sekadar menyediakan makanan di dapur atau mengemas rumah, tetapi lebih besar daripada itu. Bak kata HAMKA lebih kurang begini bunyinya, tidak seimbang rumah tangga jika yang menjadi turutan hanyalah suami dan tak seimbang sebuah keluarga sekiranya yang didengari hanya kata isteri. Kenyataan ini ingin memaklumkan bahawa lelaki dan wanita itu saling memerlukan antara satu sama lain dan mereka setaraf cuma dengan tugas yang berbeza bersesuaian dengan fitrah penciptaan mereka.
HAMKA turut menyelitkan sirah Rasulullah dan para sahabat terdahulu sebagai contoh bagaimana mereka menggauli isteri mereka dengan penuh adab dan hormat. Dalam buku ni juga diselitkan hak-hak yang Islam berikan kepada para wanita Islam seperti pembahagian harta dan hak mereka memilih pasangan hidup. Paling aku suka sekali on the point of wanita Islam ini apabila berkahwin, identiti dirinya tidak perlu ditukar mengikut nama keluarga suaminya, tetapi dia berhak mengekalkan nama asalnya sebagai hak bahawa dia ada milik dirinya sendiri dan memiliki hak-hak yang hanya dia sahaja yang boleh menentukan kemahuan sendiri.
Sebelum kedatangan Islam, wanita-wanita dianggap rendah tarafnya dan hanya dijadikan hamba abdi. Hanya dijadikan sebagai pelayan para lelaki, dianggap hina sehingga dibunuh hidup-hidup oleh ibu bapa mereka sendiri. Islam telah datang dan melalui Rasulullah SAW, Islam telah memberikan satu fahaman bahawa para wanita juga diciptakan sama taraf dengan lelaki dan tidak kurang sedikitpun. Maka, berbuat baiklah kepada seluruh wanita yang ada dalam hidupmu kerana mereka itu dimuliakan oleh Allah sendiri dan terbukti di dalam Al-Quran.
7.5/10
Comments
Post a Comment