EMPAYAR 3: HIKAYAT SAKA KETURUNAN RAJA
EMPAYAR 3: HIKAYAT SAKA KETURUNAN RAJA
Finally guys! Penantian sudah berakhir ke? Tak
jugak la ahahaha. Alhamdulillah Empayar 3 is here after beberapa tahun menunggu
dengan penuh kesabaran. Rahsia-rahsia Aradhanapura dan nasib Sastra telah
diceritakan dalam buku ni.
Kalau sebelum ni dalam Empayar 1 dan Empayar 2,
tema penceritaan adalah berkisarkan penunggang agama dan ajaran sesat di mana
pada aku agak beratlah. Ada terbaca di goodreads yang sesetengah pembaca
berpendapat Empayar 1 dan Empayar 2 agak preachy, tapi pada aku okay ja aku
suka.
Haha so yang ketiga ni tak berat, lebih kepada
penyelesaian apa yang jadi dalam buku-buku sebelum ni. Cuma, kali ni Teme
selitkan tentang kedaulatan melayu di bumi sendiri. Kedaulatan melayu tau bukan
raja-raja melayu. (Lah risau takut ada yang trigger) Bila baca ni kita akan
rasa amaze dengan betapa tingginya nilai budaya dan adat melayu yang ada.
Contoh macam keris yang menjadi senjata utama dalam cerita ni, yang turut
menjadi simbolik kepada siapa pemiliknya.
Juga, adat-adat melayu sebenarnya banyak
dipengaruhi dengan ajaran Islam which is pada aku sangatlah bagus sebab memang
sebagai Muslim ni kita kena jadikan Islam ni sebagai cara hidup. Maknanya dalam
setiap perbuatan kita mestilah berdasarkan ajaran Islam. Jadi, bila adat melayu
sendiri dah dipengaruhi ajaran Islam, itu dah baguslah sebab kita memang hidup
dengan adat tu dan adat tu adalah daripada Islam sendiri. Tapi tulah, kita
sendiri la pulak yang tak sedar yang adat-adat tu sebenarnya berasal daripada
ajaran Islam. Contohnya, pakaian tradisional kita seperti baju kurung yang
memang sopan dan menutup aurat.
Selain daripada tu, Teme pun selitkan keindahan
bahasa melayu yang penuh seni. Contohnya, perkataan “sayang” yang membawa
maksud berbeza dalam konteks ayat yang berbeza. Sesuatu yang jarang sekali kita
perasan tapi itulah hakikatnya. Juga, perkataan-perkataan melayu yang membawa
maksud kerendahan diri yang menunjukkan bahawa kita sentiasa menghormati orang
lain dengan panggilan dan gelaran yang mendalam maknanya. Paling aku suka, aku
dapat belajar banyak tatabahasa baru yang tak pernah jumpa kat mana-mana pun
sebelum ni, macam “badar tertimbakan” yang membawa maksud “mendapat keuntungan
yang tidak disangka-sangka”. Sangat significant dengan kisah perang Badar di
mana tentera Islam ketika itu ada 313 ja tapi, dengan izin Allah mereka berjaya
mengalahkan tentera kafir yang seramai 1000 orang. Memang satu keuntungan yang
tidak disangka-sangka. Bijak betul sapa yang come out with “badar tertimbakan”.
Dalam Empayar 3 ni pun ada scene perang juga.
Pun ada reference kepada perang Badar bila disebutkan bahawa jumlah tentera
yang terkumpul adalah seramai 70 tentera berkuda dan 243 tentera pejalan kaki
dan pemanah? 70 + 243 = ? Cuba kira. Menarik kan? Satu teknik yang bagus untuk
menarik minat para pembaca Empayar 3 ni untuk selidik pula kisah perjalanan
perang Badar. Perang antara Muslimin dan kafir Quraisy yang berlangsung
ketika di bulan puasa yaa kawan-kawan. (Kita terlepas sahur pun dah lembik 😓) Pastu, dalam Empayar 3 ni, masa semua tengah ready perang, ada
tentera lawan melarikan diri sebab takut dengan kekuatan Sastra and the gang.
Satu reflection kat sini, bila berperang tu bukan kerana Allah dan takut mati
sebab tahu dia akan mati katak ja, memang akan buat kita lari dari battlefield.
Tapi kalau kita berperang dengan menjadikan Allah matlamat kita dan
menyelamatkan agama kita sebagai tujuan, InsyaAllah kalau mati pun syahid, so
takkan rasa takut untuk berkorban. Macam Rasulullah dan para sahabat setiap
kali perang. Especially time perang Badar. Iyalah dengan jumlah yang sedikit
dan musuh lebih ramai, tak logik mereka akan menang. Tapi kerana yakin dengan
pertolongan Allah, mereka menang besar di medan pertempuran. 😊
Buku ketiga ni ada juga tentang pembelotan
orang dalam sendiri. Salah seorang pembesar istana telah bekerjasama dengan
musuh Aradhanapura semata-mata ingin menjadi pemerintah wilayah tu sehingga
tergadai adat dan agama Islam sendiri. Kerana gilakan pangkat dan harta sanggup
membunuh dan memfitnah. Akhirnya dia fikir dia menjadi raja, padahal dia
diperhambakan musuh. Begitulah jadinya kalau manusia ni terlalu cintakan dunia.
Sedangkan dunia ini hanya persinggahan dan bukannya kekal.
Banyak mesej-mesej menarik dalam buku Empayar 3
sama macam buku-buku Teme yang lain. Penceritaan yang menarik, plot twist yang
membina suprising, watak-watak yang hidup, dan of course imaginasi penulis
yang tak dapat kat tempat lain.
Tapi guys, 😂 belum selesai yaa Empayar ni. Ku
sangkakan akan tamat sepenuhnya, rupanya masih ada benda yang tak settle.
Hahahah jadi semua orang semoga sabar menunggu Empayar 4 yaa 😊
9/10
#empayar3





Comments
Post a Comment