LIGA PENDEKAR RAYA & KOLEKSI KOMIK TERBAIK AZHAR ABDULLAH

Sebenarnya, beli komik ni kat #pbakl 2022 untuk anak-anak saudara. Tapi, hari tu belek-belek muka surat dia sikit-sikit ja. Jadi, kita yang dewasa ni kena baca dulu isinya sesuai ke tidak dengan budak-budak. 😊

So sementara menunggu waktu Asar masuk dan tak larat dah otak ni nak baca buku berat-berat, aku baca la komik ni.

Satu ja nak cakap. Ku sangkakan untuk budak-budak ja tapi ni mak budak pun sesuai sangat baca. HAHA. Aku rasa aku tak jadi nak bagi kat anak saudara aku AHAHAHA. K dak gurau. Rasa nak follow up next series pulak sebab mantap pak Abu la komik dia ahahaha. Oh ya, komik ni himpunan komik-komik, jadi ada beberapa komik-komik berbeza dalam ni daripada pelukis yang sama. Dia bukan satu cerita ja. Okay, paham kan?

Bahagian-bahagian depan komik ni pelukis ada perkenalkan sikit latar belakang diri. Rupanya beliau merupakan seorang pensyarah universiti. Patutlah padu isi komik ni. Sememangnya sesuatu karya yang dihasilkan oleh mereka yang profesional ada keunikan tersendiri. Pelukis jugak turut terangkan teknik-teknik dan tips untuk melukis komik which pada aku sangatlah berguna untuk bakal-bakal pelukis komik baru.

Awal-awal tu memang biasa la komik. Seronok baca. Kreatif dan lawak. Pastu belakang-belakang tu haa ambek kau jangan nak seronok sangat.

Pelukis ada selitkan kritikan sosial terhadap masyarakat di negara kita yang terlalu memuja-muja budaya-budaya luar yang sebenarnya telah banyak menghakis kemurnian budaya kita sendiri. Sehinggakan perkara-perkara yang dilarang agama dilihat biasa di mata masyarakat kerana terlalu ramai orang yang melakukannya. Tertutup oleh normalisasi yang diperlihatkan oleh masyarakat umum.

Amat benarlah kritikan yang pelukis nyatakan dalam komik ni sebab dari zaman dulu, awal-awal 2000 sampailah ke hari ini anak-anak muda kita, masa mereka banyak dihabiskan kepada keseronokan-keseronokan yang tidak memberi apa-apa impak kepada diri sendiri apatah lagi kepada masyarakat.

Aku tertarik bila pelukis sebut yang dia akan menggunakan kebolehan yang ada untuk membuka fikiran dan pandangan anak-anak muda tentang realiti sebenar siapa kita sebagai manusia. Sebab memang ramai orang memilih membaca untuk mendapatkan apa jenis pengetahuan atau hiburan sekali pun. Lihatlah Ketika di Pesta Buku baru-baru ni, ramai betul manusia. Dah macam kat padang mahsyar.

Pelukis turut sebutkan bahawa tanggungjawab khalifah yang digalas akan dilaksanakan melalui komik yang dilukis. Satu logam atau kelebihan yang dikurniakan dan akhirnya berguna untuk jalan Allah juga. Nampaklah yang pelukis komik ni sedar akan tujuan hidupnya sebagai manusia dan hamba kepada Allah. Tidak seperti kebanyakan kita yang masih mencari-cari apa tujuan kita diciptakan dan tidak berusaha mencari jawapan kepada soalan tersebut. Malah ada yang telah menemui jawapannya namun pilih untuk menafikan hakikat yang telah Tuhan tetapkan dalam Al-Quran.

Secara keseluruhannya, aku suka komik ni dan rasa bersyukur sebab Tuhan takdirkan aku meninjau-ninjau reruai PTS di Pesta Buku yang lalu. Alhamdulillah, ada isi yang bermanfaat untuk anak-anak saudaraku yang semakin menginjak remaja, bakal menjadi pemuda-pemuda untuk generasi mereka suata masa nanti. Moga-moga membesar menjadi pembawa risalah Rasulullah hehehe.

Sebagai seorang yang jarang membaca komik, aku berharap aku akan bertemu lagi dengan komik-komik yang begini, dan semoga ia terus mencorak pemikiran pemuda-pemuda setiap generasi untuk menggunakan masa muda mereka untuk perkara yang menguntungkan mereka di dunia dan akhirat. 





Comments

Popular posts from this blog

KAPAL TERAKHIR DI DUNIA: EPISOD I & EPISOD II

Diary of A Rich Kid: Secret of the Sea

MESSY LIFE BECAUSE OF BAD DECISION.