KEKOK BY AKIF BASRI

Pernah tak any of you here experience scene di mana kawan baik you or anyone around you nak luahkan perasaan tentang masalah-masalah yang dihadapinya tapi you macam tak tahu macam mana nak respond? Pastu you tersalah bagi respond pastu dia merajuk, making the situation awkward for both of you.

Haa kalau anda-anda semua pernah rasa perasaan yang macam ni, jangan risau. Anda tidak bersendirian sebab saya pun samaa hahahaha. So, baru-baru ni saya baru selesai membaca buku Kekok tulisan Akif Basri dan kandungan buku ni sangat membantu dalam komunikasi dua hala dan jika diaplikasikan dalam kehidupan, Insya Allah segala rasa kekok ketika berdepan dengan kawan-kawan yang meluah perasaan pasti akan lebih mudah untuk diatasi.

Saya beli buku ni tanpa expectation. Beli sebab rasa tajuk dan warna bukunya menarik. Langsung tak sangka yang isinya sangatlah berguna. Satu buku yang penuh dengan maklumat yang tak mungkin mudah untuk dapat kat tempat lain. Bertambah bernilai sebab penulisnya juga merupakan seorang ahli psikologi, ditulis oleh profesional sendiri menjadikan isi kandungan buku ni lebih dipercayai.

Kandungan buku dibahagikan mengikut kategori; interaksi di alam realiti dan interaksi di alam maya serta apakah respon yang sesuai berdasarkan keadaan-keadaan tersebut. Fokus utama buku ni pada pendapat saya adalah berkenaan peranan kita sebagai si pendengar; apa reaksi kita kepada si peluah dan apa yang tidak patut kita lakukan ketika berkomunikasi dengan si peluah. Pada saya ini sangat membantu, terutamanya apabila penulis menerangkan bahawa kita perlu mengenalpasti terlebih dahulu adakah kita berada dalam bulatan dalaman atau bulatan luaran si peluah. Kalau kita yakin kita berada dalam bulatan dalaman si peluah, barulah kita perlu bersedia dengan memberikan perhatian dan memberikan respon terbaik kepada si peluah kerana apabila kita berada dalam bulatan dalaman si peluah, kita adalah antara insan-insan yang dipercayai olehnya. Sebaliknya jika kita tahu kita berada dalam bulatan luaran, lebih baik sedar diri bahawa si peluah mungkin tidak selesa bercerita dengan kita, jadi tidak perlulah untuk kita memaksa si peluah bercerita kepada kita kerana tindakan tersebut akan membuat si peluah bukan sahaja tidak selesa tetapi juga membuatkan si peluah rasa seperti dipaksa. Juga disertakan dalam buku ini adalah bagaimana kita patut merespon kepada mesej-mesej atau luahan-luahan yang diterima di alam siber yang sememangnya paling banyak disalah erti oleh kedua-dua pihak dalam perbualan online tersebut. Sampaikan ada sesetengah orang beranggapan mesej yang tidak disertakan emoji atau emoticon berbunyi serius sedangkan penulisnya tidak berniat demikian.

Penulis juga menerangkan beberapa jenis respon yang tidak sepatutnya kita berikan yang mana respon-respon tersebut akan menyebabkan si peluah rasa luahannya tidak didengari, rasa invalid, dan rasa seperti si pendengar tidak kisah pun akan luahan yang cuba diutarakan.

Jujurnya, the whole book contains bunches of new information to me dan memang rasa tak lengkap apabila membaca buku ini tanpa highlighting, tabbing, dan sticky notes di sisi untuk meringkaskan isi-isi penting yang dipelajari daripada buku ni. Tapi jangan risau, di akhir setiap topik, telah disediakan pun nota ringkas bagi setiap topik untuk memudahkan pembaca untuk mengingat semula isi-isi utama topik-topik tersebut.

Bak kata penulis, warna biru tersebut dipilih untuk memberi indikasi ketenangan kepada para pembaca dan itu sangatlah benar. Sejuk ja mata memandang bila tengok buku ni, one of the reasons why I buy the book at the first place. HAHAHA.

This book should get more attention that what it gets now sebab isinya sangatlah bersesuaian dengan cara kita berkomunikasi sekarang which is melalui alam realiti dan alam siber. Menjadi pendengar bukanlah mudah terutama apabila menjadi pendengar kepada mereka yang meletakkan kepercayaan kepada kita untuk mendengar dan menyimpan rahsia mereka. Juga demi menjaga perhubungan yang dibina, buku ini beritahu kita untuk menyatakan dengan jelas keadaan kita ketika itu, contohnya, kalau kita sedang sibuk dan mungkin tidak akan sempat membalas Whatsapp pada ketika itu juga, kita perlu maklumkan situasi kita agar pihak yang satu lagi tidak tersalah erti sehingga timbul anggapan bahawa kita tidak peduli kepadanya.

Banyak perkara baru yang kita boleh belajar daripada buku ini selain daripada bagaimana memberi respon dan menjadi pendengar yang baik, kita juga boleh belajar mengenai Jendela Johari. Kalau anda semua ingin tahu apakah itu Jendela Johari, boleh dapatkan buku ini daripada Iman Publication dan agen-agen mereka yang sah! Selamat membaca!

9/10

Comments

Popular posts from this blog

KAPAL TERAKHIR DI DUNIA: EPISOD I & EPISOD II

Diary of A Rich Kid: Secret of the Sea

MESSY LIFE BECAUSE OF BAD DECISION.